ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT DATANG

♕ ♥ HomeFacebookEducationMy LifeMVBlogTips ♥ ♕

Friday 20 April 2012

Sekiranya Kita Tidak Mampu


"Sekiranya kita tidak mampu untuk mengembirakan orang lain, janganlah pula kita menambah kesedihannya.
Sekiranya kita tidak mampu untuk memudahkan orang lain, janganlah pula kita menambah kesusahannya.
Sekiranya kita tidak mampu untuk memuji orang lain, janganlah pula kita mengejinya"


Tuesday 10 April 2012

Tahi lalat pada pakaian... -_-



 
Please help me! Really need tips bagaimana nak menghilangkan kesan tahi lalat pada pakaian. Sebelum pernah cuba petua rendam dengan cuka.Tapi tak berhasil.Huhuuuu..Help me!!!

Mocca - i remember





Love this song so much.Back to the memories around 3 years ago....
Semua MV group nie saya ambil.Memang best lagu-lagu group Mocca nie. Lagu nie jadi tema iklan Aeon baru-baru nie. Lagu Secret Admire pun pernah jadi tema iklan perfume kalau tak silap laa.Jom, enjoy ^^

Monday 9 April 2012

How to Do a Mail Merge in Microsoft Word & Open Office



Beberapa minggu sebelum ini Dr Aru pernah ajar bagaimana hendak membuat mail merge.Bagi yang masih tidak tahu just boleh tengok MV ini ^_~

Falsafah


Menurut Kamus Dewan Edisi Empat; Falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilimu lain. Ahli falsafah ialah oarang yang ahli dalam falsafah, ahli fikir, berfalsafah memikirkan secara mendalam tentang sesuatu.Sebelum membicarakan lebih lanjut mengenai falsafah dan kepentingannya dalam kehidupan, ingin saya menelurusi makna serta intipati falsafah itu sendiri.

Makna Falsafah
Hasil pandangan dikalangan ahli-ahli sejarah menyatakan bahawa Pythagoras yang berasal dari Yunani (sekarang Greece) pada tahun 500-580 SM, adalah pengasas dan orang yang mula-mula menggunakan istilah Falsafah. Falsafah bermaksud 'al-bahsu' iaitu pengetahuan, kebijaksanaan dan keutamaan. Perkataan ini sebenarnya berasal daripada istilah Yunani iaitu; philo dan sophia. Philo bererti 'cinta dan suka'. Sophia pula bererti 'hikmah dan kebijaksanaan'. Hasil gabungan dua buah perkataan ini maka falsafah membawa maksud 'Mencintai Kebijaksanaan / Sukakan hikmah'. Pythagoras telah menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencinta kebijaksanaan(Lover of Wisdom)
Cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah). Kedua-keduanya memiliki maksud yang sama iaitu menyukai, senang, menyayangi. Cinta melibatkan kedalaman perasaan, kesungguhan, jiwa dan raga dan tindakan yang bersungguh-sungguh kepada objek yang dicintai.
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, hikmah pula membawa dua maksud iaitu kebijaksaan daripada Allah, kecerdikan dan rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara. Perkataan hikmah membawa konotasi yang berkait dengan ilmu pengetahuan, pengalaman hidup dan keupayaan membezakan nilai. Untuk itu falsafah dari sudut bahasa bermakna seseorang yang mencintai kebijaksanaan yang mengandungi berbagai-bagai ilmu dan bagi tujuan kefahaman diri dengan maksud yang jelas.

Dari sudut istilah pula, falsafah membawa maksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada maksud sebenar sesuatu perkara sehingga jelas maksud dan tujuannya. Ianya dapat dilihat dari pandangan beberapa ahli falsafah samada Islam ataupun Barat. Mahupun begitu maksud atau makna falsafah itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman bagi ahli falsafah.
Falsafah juga adalah kebijaksanaan atau hikmah dalam penggunaan fikiran untuk mencari kebenaran yang hakiki. Kebenaran ialah perkara yang paling tinggi yang dapat dicapai melalui akal ataupun kaedah berfikir. Dalam Islam sendiri, berfikir amat penting untuk mencapai hakikat.Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda; bahawa berfikir satu saat itu lebih tinggi nilainya daripada satu sembahyang malam. Berfikir secara falsafah haruslah mempunyai ciri-ciri yang berikut;
(i)                 Berfikir secara radikal, iaitu secara mendalam sehingga usulnya, ke akar umbi dan hakikatnya.
(ii)               Berfikir secara universal, iaitu secara umumnya berpandukan pengalaman manusia. Ianya bukan khusus dan terhad dengan ilmu tertentu sahaja.
(iii)             Berfikir secara integral, yakni berpandu secara lengkap pada mana-mana bahagian yang ada.

Bagi rujukan umum, saya sisipkan satu contoh takrifan falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba dalam buku Drs. Sidi Gazalba (1974), Sistematika Filsafat: Pengantar Kepada Dunia Filsfat, Teori Pengetahuan, Metafika, Teori Nilai :
"Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah"

Tips / Petua Merawat Selsema


Lately senang sangat dapat selsema.Kejap panas kejap hujan.Sebab tu laa kot. My baby pun dah kena selsema juga.kesian plak tengok.Semalam demam skit.Syukur Alhamdulillah hari nie dah sembuh. Ok jom kita cuba dan kongsi beberapa tips merawat selsema:
1.      Kapur sirih dicalit sedikit dan titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Air perahan ini diminum sekali sehari.
2.      Amalkan selalu meminun secawan air didihan beras.
3.      Menghidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.
4.      Basahkan ubun-ubun sekiranya selesema akibat hujan atau panas terik.Ulang beberapa kali.

  (✿◠‿◠)Hope tips nie berguna.Selamat Mencuba!

Wonder Girls - So Hot & Nobody (銀色旗袍)

My faveret ever K-Pop group.Masa tu group K-Pop tak laa famous mcm skrg.Dlm thn 2008.Dah start gila K-Pop.Nie laa MV pertama yg membuatkan saya terjebak dalam kegilaan K-Pop (─‿‿─)

Sunday 8 April 2012

Permata hatiku ^^



Syukur Alhamdulillah..kini bahagia disamping suami & anakanda saya yang tercinta. Kini terpaksa cekalkan hati walaupun terpaksa berjauhan dengan suami demi menuntut ilmu agar masa depan yang lebih terjamin.

Inilah keluarga bahagiaku ^^ Masa nie dalam pantang lagi, Raya Aidilfitri tahun lepas. My baby tengah nak menangis tu sebab nak susu.Cian anakanda..hikhikkk..Snap Snap Snap


Haaa...nie laa suamiku yang tercinta. Just call him Mohd Nor ^^ Ini gambar masa kenduri belah hubby kat Tampin, Negeri Sembilan

Comelnyer ^^ Mestilah..ini laa gerangan buah hati kami, Aufa Nur Hanan. Gambar pertama yang di ambil. Sekarang dah nak masuk 8 bulan.

Love them so much..Semoga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga.Amin...

Percubaan yg pertama

 
Testing2.Yippie..berjaya menukar template & memasukkan elemen2 baru.Ambil masa gak laa ngan bayi comel yang hendak turut membantu nie.hikhikkk...


 

Wednesday 4 April 2012

Dimulakan dengan Bismillah.. ^^

"Selamat Datang"   "Yokoso"   "Welcome"   "Hwangyong-hamnida"   "Ahlan Wa Sahlan"

Assalamualaikum ..Selamat menjengah ke duniaku ^^

Mem'blog'kan diri juga. dulu pernah buat. Tapi 'hentam kromo' jer.Hikkhkk..sudahnyer hanya tinggal kenangan. Mujur laa my lecturer; Dr Aru suruh buat. Mmg sebelum dah tergerak nak buat. Umpama 'melompat2' kegirangan pabila Dr Aru bgtahu subjek for today is blog. senyum sampai ke telinga den ^^ Thanx u Dr Aru.
 
I ❤ BLOG ♥NAMAKU IRYANTI♥