ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT DATANG

♕ ♥ HomeFacebookEducationMy LifeMVBlogTips ♥ ♕

Wednesday 3 October 2012

I'm Back


Salam...  I'm back ^^ Hikhikkk...Sekarang dah masuk semester kedua.Kembali sibuk dengan jadual kuliah dan assignment, Semester ni banyak 'bermain' dengan multimedia (dah ambil minor multimedia ^_~)

Sudah bersusun assignment yang menanti. Photoshop, video, audacity. Memang suka sangat buat stuff macam nie. Tapi kekangan masa dengan anak yang comel ni. Bila diingat kembali betapa berbezanya berbanding zaman solo dulu semasa ambil diploma & degree dengansekarang. So bagi yang bujang jangan laa dok bising kata tak ada masa nak study yek ^___^
Gambatte Yanti

Mom turns sleeping child into art

Baru-baru ni ada tgk kat TV pasal ibu di negara Jepun yang menjadikan anakandanya sebagai model ketika tidur. Wah, kreatif sangat. Jom kita tengok ^^

Baby Jepun yang comel ni macam Aufa Nur Hanan kan.Hahahaa..perasan 

Wednesday 4 July 2012

Hujung minggu yang sibuk


Akhirnya pulang ke Pekan.Cuti 2 bulan nie akan dimanfaatkan sebaik mungkin.Bye2 Perlis.huhuuu..Rindu plak keriuhan di sana. Aufa pun perlahan2 menyesuaikan diri. Yerlaa dia pun ada perasaan gak walau baby. Tak faham btul kalo orang kata biar jer baby nangis. Kalo dah teruk tak kan nak biar.

Berbalik pada story, mlm sblm nak mak mertua & adik ipar sampai ,Aufa demam. Adusshhh... masa ni plak nak demam. Tp mujur x teruk. Bleh laa jejalan  ke Padang Besar & mlmnyer mkn di Kuala Perlis. Esok nyer nak bertolak demam blk. Dah agak dah sebab dia baru jer nak ok jejalan merata plak. Mmg sangat bz hujung minggu tu.kesana kesini. Otak pun dah jd pening. Cuma rasa ralat & takut x dapat memberi kepuasan kepada pengunjung. Nak masak tghari pun payah coz Aufa meragam x mau ngan org lain. Mcm x best jer melayan org ala kadar mcm nie... Malu plak rasa
Maaf yek untuk segala kekurangan & kelemahan cheq -_-

Dari Perlis-Tampin-Johor-Pekan.Wah..jejalan merata sungguh AUfa yek.hikhikk..

Wednesday 27 June 2012

Kalendar Akademik UUM Sesi 2012/2013

Ini adalah kalendar Akademik bagi pelajar DPLI UUM 2012-2013 yang saya ambil daripada UUM Academic Affairs Department  
Kalendar Akademik Sesi 2012/2013 

      SEMESTER PERTAMA

AKTIVITI
TARIKH
TEMPOH
Pendaftaran Pelajar Baru & Minggu Suaikenal
Ahad, 2 September 2012 –
Sabtu, 8 September 2012
1 minggu
Tempoh Pengajaran
Ahad, 9 September 2012 –
Khamis, 25 Oktober 2012
7 minggu
Cuti Pertengahan Semester
Jumaat, 26 Oktober 2012 –
Sabtu, 3 November 2012
1 minggu
Tempoh Pengajaran
Ahad, 4 November 2012 –
Khamis, 20 Disember 2012
7 minggu
Peperiksaan
Sabtu, 22 Disember 2012 –
Khamis, 17 Januari 2013
4 minggu
Cuti Antara Semester

Jumaat, 18 Januari 2013 –
Sabtu, 16 Februari 2013
4 minggu

   SEMESTER KEDUA
AKTIVITI
TARIKH
TEMPOH
Tempoh Pengajaran
Ahad, 17 Februari 2013 - Khamis, 4 April 2013
7 minggu
Cuti Pertengahan
Semester
Jumaat, 5 April 2013 –
Sabtu, 13 April 2013
1 minggu
Tempoh Pengajaran
Ahad, 14 April 2013 -
Khamis, 30 Mei 2013
7 minggu
Peperiksaan
Sabtu, 1 Jun 2013 –
Khamis, 27 Jun 2013
4 minggu
Cuti Panjang
Jumaat, 28 Jun 2013 –
Sabtu, 31 Ogos 2013
9 minggu
















  • Pendaftaran Pelajar Baru dan Minggu Suaikenal Semester 1 Sesi 2012/2013                                                       Ahad, 2 September 2012 – Jumaat, 7 September 2013
  • Hari Kebangsaan Jumaat, 31 Ogos 2012
  • Cuti Hari Malaysia Ahad, 16 September 2012
  • Hari Raya Qurban Jumaat, 26 Oktober 2012 – Sabtu, 27 Oktober 2012
  • Hari Deepavali Selasa, 13 November 2012
  • Hari Krismas Selasa, 25 Disember 2012
  • Tahun Baru Cina 2013 Ahad, 10 Februari 2013 - Isnin, 11 Februari 2013
  • Hari Raya Puasa Khamis, 8 Ogos 2013 – Jumaat, 9 Ogos 2013
  • Hari Kebangsaan Sabtu, 31 Ogos 2013

* Tertakluk kepada pengesahan Senat 
 Last Updated on Wednesday, 04 April 2012 16:44

Tuesday 26 June 2012

Bersabarlah wahai hati..


,Adakala kemarahan begitu membuak-buak. Mahu sahaja melepaskannya.Bagaimana?Report kat FB, Twitter, Blog, Vlog, Tumbler dll. Puas rasanya kalau dapat memaki hamun, keluarkan kata kesat sebagai balasan pada individu yang menyakiti kita dalam sedar atau tidak. Cara ini mungkin sesuai pada ketika itu sahaja.Kenapa?Dalam jangka masa panjang mungkin ukhwah yang terjalin akan terlerai, kemungkinan perselisihan hanyalah di sebabkan salah faham. Mungkin juga individu terbabit sememangnya mempunyai kelemahan.

Saya sendiri tidak terkecuali. Marah, kecil hati, geram, terkilan, terluka. Semua ada. Peningkatan usia lebih mematangan kita. Memanglaa rasa tidak adil, tapi cuba terapkan dalam minda, kita bertuah diberikan tuhan kematangan yang lebih daripada mereka. Andaikan
Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya
Namun kita sebagai umat Islam harus membantu mereka untuk tidak terus melakukan kesilapan dengan, 'BERSABAR'. Untuk itu cuba sedaya mungkin untuk bersabar atau pun menggunakan cara yang selembut mungkin (kalau geram sangat-hikhikkkk ^^) Dengan cara itu kita tidak laa menambahkan dosa kita malahan individu terbabit juga.
Cool Yanti COOL
Namun yang paling utama, bagi yang beragama Islam kita boleh menggunakan cara mengambil air sembahyang untuk meredakan kemarahan. Solat. Solat adalah penawar untuk segalanya. Mengadu dan meminta bantuanlah pada-NYA.

#Sabar itu separuh daripada iman  ^___~

Monday 25 June 2012

Hi Tea DPLI UUM 2012


Pada 15 Mei 2012 yang lalu telah dianjurkan Hi Tea untuk kumpulan B DPLI 2012. Alhamdulillah walau tidak laa gempaq mana, yang penting semua selesa dan enjoy sepanjang majlis yang telah di adakan di Kelab Golf Darul Aman Kedah

15 haribulan juga adalah hari terakhir peperiksaan.So, kiranya lepas menjawab jer terus enjoy.Hahhaaa...Tapi sedikit ralat terlupa bawa hadiah pertukaran "Secret Admirer" (S.A) dan tak bawa kamera.Biasa laa..otak dah blur sebab exam direct seminggu dari 10 haribulan. Tumpang kamera orang pun ambil gambar. Gambar nie jer yang baru di upload. Mujur Kak Riea yang comel yang nak ambil gambar. Thank You Kak Riea. Kak Riea adalah antara insan yang yang selalu membantu sepanjang semester pertama nie. Orangnya sangat ceria, peramah dan suka membantu orang ^^

Ini laa gambar nyer..Hikhikk..dah lama saya tak 'dress up'
'Dok' tunggu gambar dari orang lain plak. Semester 1 sudah melabuhkan tirainya.Hope dapat result yang baik nanti ^^ Amin..Segala yang berlaku sepanjang semester ini akan dijadikan pengalaman & pengajaran yang berharga yang dapat dijadikan panduan dan sempadan kelak.

Wonder Girls flash mob event @ Seoul Time Square-[fancam] 24062012



Hohhoo..They are da greatest ^^ Wonder Girls making flash mob event!
   I like this yoo like this!!! ^__^

Berguru dengan blogger yang best


Alhamdulillah blog ku ini semakin 'cun melecun'(perasan) hahaaa...Apa pun Thanxs pada lecturer sebab bagi tugasan buat blog nie.Terhasil juga laa blog. Walau mungkin Dr Aru dah bagi markah base dari judgement sebelum nie.Tetap teruja nak teruskan coretan di blog ^^

Bagi orang baru dalam penulisan blog nie memang agak terkial-kial. Habis selak blog-blog yang ada. Tapi satu blog nie memang sangat berguna pada orang yang baru bermula macam saya nie.

Blog yang dimaksudkan ialah:  "BLOG CIK FARAH"http://bicarafarah.blogspot.com/   Blog nie memang sangat informatif, menarik, simple dan berguna.

Berjuta terima kasih kerana memberi tutorial yang berguna ^^ Macam nie laa bagus, walau berilmu tapi tak lokek kan ^_~

Sunday 24 June 2012

Motivasi Hari Ini


Sedikit motivasi bersama..
"Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakkan manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG". (Riwayat Imam al-Bukhari)  
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. 

Demam Riben


Ohhh...sekarang nie tiba-tiba terminat riben.Siap order riben yang comel-comel dari kawan lagi. Blog pun kalau boleh nak bertemakan riben plak nanti. Hikhikkk... ^^ Tengah sabarkan diri menantikan riben pin nie sampai. Comel jer tengok dalam gambar ^_~ Kalau ada yang berkenan silalah tengok-tengok kat page Facebook nie.Ada pelbagai 'stuff'' lagi.(Tolong promote kawan ni.Hikhikkk...)
http://www.facebook.com/pages/Misznour-Craft-PAGE/187822764643448

Saturday 23 June 2012

Friday 22 June 2012

Mari melukis & mewarna blog



Hari nie terlebih rajin nak mencantikkan blog.Sebelum nie ambik terus jer templete dr internet.Tp rasa nak buat sendiri plak.Hope menjadi laa yek..nie tgh dok 'meniarap' lg nak buat,hahhahaa,,,bdk baru belajar laa katakan ^^

Tuesday 22 May 2012

Jadual Exam DPLI UUM 2012

Jadual exam untuk mahasiswa DPLI UUM 2012. Gambarimas to me ^^. Hope semuanya lancar.Amin..

Jadual Puasa Sepanjang Tahun 2012


Bulan puasa Ramadhan bakal menjelma. Just wanna share Jadual puasa yang di anjurkan Islam  sepanjang 2012 ^^

Friday 20 April 2012

Sekiranya Kita Tidak Mampu


"Sekiranya kita tidak mampu untuk mengembirakan orang lain, janganlah pula kita menambah kesedihannya.
Sekiranya kita tidak mampu untuk memudahkan orang lain, janganlah pula kita menambah kesusahannya.
Sekiranya kita tidak mampu untuk memuji orang lain, janganlah pula kita mengejinya"


Tuesday 10 April 2012

Tahi lalat pada pakaian... -_-



 
Please help me! Really need tips bagaimana nak menghilangkan kesan tahi lalat pada pakaian. Sebelum pernah cuba petua rendam dengan cuka.Tapi tak berhasil.Huhuuuu..Help me!!!

Mocca - i remember





Love this song so much.Back to the memories around 3 years ago....
Semua MV group nie saya ambil.Memang best lagu-lagu group Mocca nie. Lagu nie jadi tema iklan Aeon baru-baru nie. Lagu Secret Admire pun pernah jadi tema iklan perfume kalau tak silap laa.Jom, enjoy ^^

Monday 9 April 2012

How to Do a Mail Merge in Microsoft Word & Open Office



Beberapa minggu sebelum ini Dr Aru pernah ajar bagaimana hendak membuat mail merge.Bagi yang masih tidak tahu just boleh tengok MV ini ^_~

Falsafah


Menurut Kamus Dewan Edisi Empat; Falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilimu lain. Ahli falsafah ialah oarang yang ahli dalam falsafah, ahli fikir, berfalsafah memikirkan secara mendalam tentang sesuatu.Sebelum membicarakan lebih lanjut mengenai falsafah dan kepentingannya dalam kehidupan, ingin saya menelurusi makna serta intipati falsafah itu sendiri.

Makna Falsafah
Hasil pandangan dikalangan ahli-ahli sejarah menyatakan bahawa Pythagoras yang berasal dari Yunani (sekarang Greece) pada tahun 500-580 SM, adalah pengasas dan orang yang mula-mula menggunakan istilah Falsafah. Falsafah bermaksud 'al-bahsu' iaitu pengetahuan, kebijaksanaan dan keutamaan. Perkataan ini sebenarnya berasal daripada istilah Yunani iaitu; philo dan sophia. Philo bererti 'cinta dan suka'. Sophia pula bererti 'hikmah dan kebijaksanaan'. Hasil gabungan dua buah perkataan ini maka falsafah membawa maksud 'Mencintai Kebijaksanaan / Sukakan hikmah'. Pythagoras telah menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencinta kebijaksanaan(Lover of Wisdom)
Cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah). Kedua-keduanya memiliki maksud yang sama iaitu menyukai, senang, menyayangi. Cinta melibatkan kedalaman perasaan, kesungguhan, jiwa dan raga dan tindakan yang bersungguh-sungguh kepada objek yang dicintai.
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, hikmah pula membawa dua maksud iaitu kebijaksaan daripada Allah, kecerdikan dan rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara. Perkataan hikmah membawa konotasi yang berkait dengan ilmu pengetahuan, pengalaman hidup dan keupayaan membezakan nilai. Untuk itu falsafah dari sudut bahasa bermakna seseorang yang mencintai kebijaksanaan yang mengandungi berbagai-bagai ilmu dan bagi tujuan kefahaman diri dengan maksud yang jelas.

Dari sudut istilah pula, falsafah membawa maksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada maksud sebenar sesuatu perkara sehingga jelas maksud dan tujuannya. Ianya dapat dilihat dari pandangan beberapa ahli falsafah samada Islam ataupun Barat. Mahupun begitu maksud atau makna falsafah itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman bagi ahli falsafah.
Falsafah juga adalah kebijaksanaan atau hikmah dalam penggunaan fikiran untuk mencari kebenaran yang hakiki. Kebenaran ialah perkara yang paling tinggi yang dapat dicapai melalui akal ataupun kaedah berfikir. Dalam Islam sendiri, berfikir amat penting untuk mencapai hakikat.Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda; bahawa berfikir satu saat itu lebih tinggi nilainya daripada satu sembahyang malam. Berfikir secara falsafah haruslah mempunyai ciri-ciri yang berikut;
(i)                 Berfikir secara radikal, iaitu secara mendalam sehingga usulnya, ke akar umbi dan hakikatnya.
(ii)               Berfikir secara universal, iaitu secara umumnya berpandukan pengalaman manusia. Ianya bukan khusus dan terhad dengan ilmu tertentu sahaja.
(iii)             Berfikir secara integral, yakni berpandu secara lengkap pada mana-mana bahagian yang ada.

Bagi rujukan umum, saya sisipkan satu contoh takrifan falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba dalam buku Drs. Sidi Gazalba (1974), Sistematika Filsafat: Pengantar Kepada Dunia Filsfat, Teori Pengetahuan, Metafika, Teori Nilai :
"Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah"

Tips / Petua Merawat Selsema


Lately senang sangat dapat selsema.Kejap panas kejap hujan.Sebab tu laa kot. My baby pun dah kena selsema juga.kesian plak tengok.Semalam demam skit.Syukur Alhamdulillah hari nie dah sembuh. Ok jom kita cuba dan kongsi beberapa tips merawat selsema:
1.      Kapur sirih dicalit sedikit dan titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Air perahan ini diminum sekali sehari.
2.      Amalkan selalu meminun secawan air didihan beras.
3.      Menghidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.
4.      Basahkan ubun-ubun sekiranya selesema akibat hujan atau panas terik.Ulang beberapa kali.

  (✿◠‿◠)Hope tips nie berguna.Selamat Mencuba!

Wonder Girls - So Hot & Nobody (銀色旗袍)

My faveret ever K-Pop group.Masa tu group K-Pop tak laa famous mcm skrg.Dlm thn 2008.Dah start gila K-Pop.Nie laa MV pertama yg membuatkan saya terjebak dalam kegilaan K-Pop (─‿‿─)

Sunday 8 April 2012

Permata hatiku ^^



Syukur Alhamdulillah..kini bahagia disamping suami & anakanda saya yang tercinta. Kini terpaksa cekalkan hati walaupun terpaksa berjauhan dengan suami demi menuntut ilmu agar masa depan yang lebih terjamin.

Inilah keluarga bahagiaku ^^ Masa nie dalam pantang lagi, Raya Aidilfitri tahun lepas. My baby tengah nak menangis tu sebab nak susu.Cian anakanda..hikhikkk..Snap Snap Snap


Haaa...nie laa suamiku yang tercinta. Just call him Mohd Nor ^^ Ini gambar masa kenduri belah hubby kat Tampin, Negeri Sembilan

Comelnyer ^^ Mestilah..ini laa gerangan buah hati kami, Aufa Nur Hanan. Gambar pertama yang di ambil. Sekarang dah nak masuk 8 bulan.

Love them so much..Semoga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga.Amin...

Percubaan yg pertama

 
Testing2.Yippie..berjaya menukar template & memasukkan elemen2 baru.Ambil masa gak laa ngan bayi comel yang hendak turut membantu nie.hikhikkk...


 

Wednesday 4 April 2012

Dimulakan dengan Bismillah.. ^^

"Selamat Datang"   "Yokoso"   "Welcome"   "Hwangyong-hamnida"   "Ahlan Wa Sahlan"

Assalamualaikum ..Selamat menjengah ke duniaku ^^

Mem'blog'kan diri juga. dulu pernah buat. Tapi 'hentam kromo' jer.Hikkhkk..sudahnyer hanya tinggal kenangan. Mujur laa my lecturer; Dr Aru suruh buat. Mmg sebelum dah tergerak nak buat. Umpama 'melompat2' kegirangan pabila Dr Aru bgtahu subjek for today is blog. senyum sampai ke telinga den ^^ Thanx u Dr Aru.
 
I ❤ BLOG ♥NAMAKU IRYANTI♥