ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT DATANG

♕ ♥ HomeFacebookEducationMy LifeMVBlogTips ♥ ♕

Wednesday 3 October 2012

I'm Back


Salam...  I'm back ^^ Hikhikkk...Sekarang dah masuk semester kedua.Kembali sibuk dengan jadual kuliah dan assignment, Semester ni banyak 'bermain' dengan multimedia (dah ambil minor multimedia ^_~)

Sudah bersusun assignment yang menanti. Photoshop, video, audacity. Memang suka sangat buat stuff macam nie. Tapi kekangan masa dengan anak yang comel ni. Bila diingat kembali betapa berbezanya berbanding zaman solo dulu semasa ambil diploma & degree dengansekarang. So bagi yang bujang jangan laa dok bising kata tak ada masa nak study yek ^___^
Gambatte Yanti

Mom turns sleeping child into art

Baru-baru ni ada tgk kat TV pasal ibu di negara Jepun yang menjadikan anakandanya sebagai model ketika tidur. Wah, kreatif sangat. Jom kita tengok ^^

Baby Jepun yang comel ni macam Aufa Nur Hanan kan.Hahahaa..perasan 

Wednesday 4 July 2012

Hujung minggu yang sibuk


Akhirnya pulang ke Pekan.Cuti 2 bulan nie akan dimanfaatkan sebaik mungkin.Bye2 Perlis.huhuuu..Rindu plak keriuhan di sana. Aufa pun perlahan2 menyesuaikan diri. Yerlaa dia pun ada perasaan gak walau baby. Tak faham btul kalo orang kata biar jer baby nangis. Kalo dah teruk tak kan nak biar.

Berbalik pada story, mlm sblm nak mak mertua & adik ipar sampai ,Aufa demam. Adusshhh... masa ni plak nak demam. Tp mujur x teruk. Bleh laa jejalan  ke Padang Besar & mlmnyer mkn di Kuala Perlis. Esok nyer nak bertolak demam blk. Dah agak dah sebab dia baru jer nak ok jejalan merata plak. Mmg sangat bz hujung minggu tu.kesana kesini. Otak pun dah jd pening. Cuma rasa ralat & takut x dapat memberi kepuasan kepada pengunjung. Nak masak tghari pun payah coz Aufa meragam x mau ngan org lain. Mcm x best jer melayan org ala kadar mcm nie... Malu plak rasa
Maaf yek untuk segala kekurangan & kelemahan cheq -_-

Dari Perlis-Tampin-Johor-Pekan.Wah..jejalan merata sungguh AUfa yek.hikhikk..

Wednesday 27 June 2012

Kalendar Akademik UUM Sesi 2012/2013

Ini adalah kalendar Akademik bagi pelajar DPLI UUM 2012-2013 yang saya ambil daripada UUM Academic Affairs Department  
Kalendar Akademik Sesi 2012/2013 

      SEMESTER PERTAMA

AKTIVITI
TARIKH
TEMPOH
Pendaftaran Pelajar Baru & Minggu Suaikenal
Ahad, 2 September 2012 –
Sabtu, 8 September 2012
1 minggu
Tempoh Pengajaran
Ahad, 9 September 2012 –
Khamis, 25 Oktober 2012
7 minggu
Cuti Pertengahan Semester
Jumaat, 26 Oktober 2012 –
Sabtu, 3 November 2012
1 minggu
Tempoh Pengajaran
Ahad, 4 November 2012 –
Khamis, 20 Disember 2012
7 minggu
Peperiksaan
Sabtu, 22 Disember 2012 –
Khamis, 17 Januari 2013
4 minggu
Cuti Antara Semester

Jumaat, 18 Januari 2013 –
Sabtu, 16 Februari 2013
4 minggu

   SEMESTER KEDUA
AKTIVITI
TARIKH
TEMPOH
Tempoh Pengajaran
Ahad, 17 Februari 2013 - Khamis, 4 April 2013
7 minggu
Cuti Pertengahan
Semester
Jumaat, 5 April 2013 –
Sabtu, 13 April 2013
1 minggu
Tempoh Pengajaran
Ahad, 14 April 2013 -
Khamis, 30 Mei 2013
7 minggu
Peperiksaan
Sabtu, 1 Jun 2013 –
Khamis, 27 Jun 2013
4 minggu
Cuti Panjang
Jumaat, 28 Jun 2013 –
Sabtu, 31 Ogos 2013
9 minggu
















  • Pendaftaran Pelajar Baru dan Minggu Suaikenal Semester 1 Sesi 2012/2013                                                       Ahad, 2 September 2012 – Jumaat, 7 September 2013
  • Hari Kebangsaan Jumaat, 31 Ogos 2012
  • Cuti Hari Malaysia Ahad, 16 September 2012
  • Hari Raya Qurban Jumaat, 26 Oktober 2012 – Sabtu, 27 Oktober 2012
  • Hari Deepavali Selasa, 13 November 2012
  • Hari Krismas Selasa, 25 Disember 2012
  • Tahun Baru Cina 2013 Ahad, 10 Februari 2013 - Isnin, 11 Februari 2013
  • Hari Raya Puasa Khamis, 8 Ogos 2013 – Jumaat, 9 Ogos 2013
  • Hari Kebangsaan Sabtu, 31 Ogos 2013

* Tertakluk kepada pengesahan Senat 
 Last Updated on Wednesday, 04 April 2012 16:44

Tuesday 26 June 2012

Bersabarlah wahai hati..


,Adakala kemarahan begitu membuak-buak. Mahu sahaja melepaskannya.Bagaimana?Report kat FB, Twitter, Blog, Vlog, Tumbler dll. Puas rasanya kalau dapat memaki hamun, keluarkan kata kesat sebagai balasan pada individu yang menyakiti kita dalam sedar atau tidak. Cara ini mungkin sesuai pada ketika itu sahaja.Kenapa?Dalam jangka masa panjang mungkin ukhwah yang terjalin akan terlerai, kemungkinan perselisihan hanyalah di sebabkan salah faham. Mungkin juga individu terbabit sememangnya mempunyai kelemahan.

Saya sendiri tidak terkecuali. Marah, kecil hati, geram, terkilan, terluka. Semua ada. Peningkatan usia lebih mematangan kita. Memanglaa rasa tidak adil, tapi cuba terapkan dalam minda, kita bertuah diberikan tuhan kematangan yang lebih daripada mereka. Andaikan
Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya
Namun kita sebagai umat Islam harus membantu mereka untuk tidak terus melakukan kesilapan dengan, 'BERSABAR'. Untuk itu cuba sedaya mungkin untuk bersabar atau pun menggunakan cara yang selembut mungkin (kalau geram sangat-hikhikkkk ^^) Dengan cara itu kita tidak laa menambahkan dosa kita malahan individu terbabit juga.
Cool Yanti COOL
Namun yang paling utama, bagi yang beragama Islam kita boleh menggunakan cara mengambil air sembahyang untuk meredakan kemarahan. Solat. Solat adalah penawar untuk segalanya. Mengadu dan meminta bantuanlah pada-NYA.

#Sabar itu separuh daripada iman  ^___~

Monday 25 June 2012

Hi Tea DPLI UUM 2012


Pada 15 Mei 2012 yang lalu telah dianjurkan Hi Tea untuk kumpulan B DPLI 2012. Alhamdulillah walau tidak laa gempaq mana, yang penting semua selesa dan enjoy sepanjang majlis yang telah di adakan di Kelab Golf Darul Aman Kedah

15 haribulan juga adalah hari terakhir peperiksaan.So, kiranya lepas menjawab jer terus enjoy.Hahhaaa...Tapi sedikit ralat terlupa bawa hadiah pertukaran "Secret Admirer" (S.A) dan tak bawa kamera.Biasa laa..otak dah blur sebab exam direct seminggu dari 10 haribulan. Tumpang kamera orang pun ambil gambar. Gambar nie jer yang baru di upload. Mujur Kak Riea yang comel yang nak ambil gambar. Thank You Kak Riea. Kak Riea adalah antara insan yang yang selalu membantu sepanjang semester pertama nie. Orangnya sangat ceria, peramah dan suka membantu orang ^^

Ini laa gambar nyer..Hikhikk..dah lama saya tak 'dress up'
'Dok' tunggu gambar dari orang lain plak. Semester 1 sudah melabuhkan tirainya.Hope dapat result yang baik nanti ^^ Amin..Segala yang berlaku sepanjang semester ini akan dijadikan pengalaman & pengajaran yang berharga yang dapat dijadikan panduan dan sempadan kelak.

Wonder Girls flash mob event @ Seoul Time Square-[fancam] 24062012



Hohhoo..They are da greatest ^^ Wonder Girls making flash mob event!
   I like this yoo like this!!! ^__^
 
I ❤ BLOG ♥NAMAKU IRYANTI♥