ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT DATANG

♕ ♥ HomeFacebookEducationMy LifeMVBlogTips ♥ ♕

Tuesday 26 June 2012

Bersabarlah wahai hati..


,Adakala kemarahan begitu membuak-buak. Mahu sahaja melepaskannya.Bagaimana?Report kat FB, Twitter, Blog, Vlog, Tumbler dll. Puas rasanya kalau dapat memaki hamun, keluarkan kata kesat sebagai balasan pada individu yang menyakiti kita dalam sedar atau tidak. Cara ini mungkin sesuai pada ketika itu sahaja.Kenapa?Dalam jangka masa panjang mungkin ukhwah yang terjalin akan terlerai, kemungkinan perselisihan hanyalah di sebabkan salah faham. Mungkin juga individu terbabit sememangnya mempunyai kelemahan.

Saya sendiri tidak terkecuali. Marah, kecil hati, geram, terkilan, terluka. Semua ada. Peningkatan usia lebih mematangan kita. Memanglaa rasa tidak adil, tapi cuba terapkan dalam minda, kita bertuah diberikan tuhan kematangan yang lebih daripada mereka. Andaikan
Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya
Namun kita sebagai umat Islam harus membantu mereka untuk tidak terus melakukan kesilapan dengan, 'BERSABAR'. Untuk itu cuba sedaya mungkin untuk bersabar atau pun menggunakan cara yang selembut mungkin (kalau geram sangat-hikhikkkk ^^) Dengan cara itu kita tidak laa menambahkan dosa kita malahan individu terbabit juga.
Cool Yanti COOL
Namun yang paling utama, bagi yang beragama Islam kita boleh menggunakan cara mengambil air sembahyang untuk meredakan kemarahan. Solat. Solat adalah penawar untuk segalanya. Mengadu dan meminta bantuanlah pada-NYA.

#Sabar itu separuh daripada iman  ^___~

No comments:

Post a Comment

 
I ❤ BLOG ♥NAMAKU IRYANTI♥